Tuesday 14 January 2014

Tabarruj (Dosa Berhias) - Definisi


"TABARRUJ"


Definisi : 
  • Seorang wanita yang menampakkan kecantikannya kepada lelaki bukan mahram (sedangkan kecantikan itu wajib ditutup kepada lelaki bukan mahram)
  • Seorang wanita yang menampakkan kecantikannya kepada lelaki bukan mahram, membuka atau mempamerkan keelokan bahagian-bahagian tubuh yang mengghairahkan seperti pinggul, lengan, betis, dada, leher dan wajah.
  • Seorang wanita yang menampakkan kecantikannya dan menonjolkan keelokan wajah dan tubuh badan yang boleh membawa kepada fitnah. Menurut Imam Bukhari : Tabarruj adalah mempertontonkan seorang wanita akan kecantikannya.
Abul A'la Al-Maududi berpendapat bahawa kalimat "tabarruj" apabila ditujukan kepada wanita mempunyai 3 makna :
  1. Menampakkan kecantikan wajah dan bahagian-bahagian yang merangsang atau mengghairahkan kepada lelaki yang bukan mahram.
  2. Menampakkan kecantikan, pakaian dan perhiasannya kepada lelaki yang bukan mahram.
  3. Menampakkan diri berjalan lenggang lenggok dan bergaya kepada lelaki yang bukan mahram.z